Ahad, 26 Mei 2019

PERIHALKAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS3014 (KUMPULAN N)



Assalamualikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Watak dalam kelas KPS3014 (Kumpulan N) yang saya pilih ialah Izyan Syahiran Rosland. Saya memilih dia kerana dia seorang yang lucu apabila berada di kelas. Dia seorang yang petah berkata-kata, dan dia juga selalu menjadi MC dalam program-program yang di anjurkan oleh Kolej Harun Aminurrashid. Izyan juga merupakan ketua kumpulan bagi kumpulan 14 dalam kelas KPS3014…dan kami satu kumpulan 😅. Walaupun kami dari program yang sama iaitu AT01 (ISMP Kesusasteraan Melayu) tapi kesemua kumpulan kuliah kami tidak sama dan untuk sem ni hanya KPS3014 sahaja kami satu kumpulan. Jadi, saya tidak pernah satu kumpulan dengan dia dalam mana-mana assignment berkumpulan sebelum ni 😄. KPS3014 lah, yang pertama kami satu kumpulan. Apa yang saya dapati, Izyan adalah seorang ketua kumpulan yang sangat-sangatlah bertanggungjawab, setiap minggu dia mahu ada perjumpaan kumpulan untuk melihat kelancaran tugasan yang diberikan kepada kami. Pantang kelas KPS3014 cancel, dia akan buat perjumpaan walaupun hanya untuk 30 minit. Kadang-kadang saya pun malas juga nak buat perjumpaan tu, HAHAHAHAHA 😂😂😂. Group Whatsapp kan ada, kenapa nak buat perjumpaan lagi? Tapi dia kata, kalau buat perbincangan di Whatsapp tu orang boleh menipu 😏. ‘Kata siap’ tapi sebenarnaya belum. Jadi, Izyan ni tak nak ada ahli kumpulan yang buat kerja tak betul-betul….sebab itulah Izyan lebih suka buat perbincangan kumpulan secara ‘FaceToface’. Ada satu lagi sikap Izyan yang saya suka… dia akan selalu ingatkan saya untuk siapkan forum. Sebab saya ni seorang yang last minute bila buat forum HEHEHEHE 😅😅😅. So, Izyan akan ingatkan saya walaupun dia sendiri belum buat HAHAHAHAHAHA 😂😂😂. Akhir sekali, saya sangat bersyukur dapat berkawan dengan Izyan, sebab dialah kawan makan di kafe, kawan pergi pasar malam, kawan pergi Rawang tgk movie baru 😅, kawan merempat di airport KLIA2, jadi gelandangan untuk beberapa jam HAHAHAHA 😂 (kami satu daerah di Sabah, hehehehe) dan kawan membawang 😂😂😂. Bukan Senang tau jumpa lelaki yang boleh membawang sama-sama HAHAHAHAHAHA. Itu sahaja dari saya, sekian, Terima Kasih.


 (Dari kiri, baju merah tu Kak su dia salah satu geng kami hehehe, tengah tu saya 😀, dan, paling depan tu Izyan)


Ucapan saya buat Miss Izazol 💖
Terima kasih miss atas segala ilmu yang telah miss berikan kepada saya 😘. Bagi saya miss adalah seorang lecturer yang paling memahami student. Saya sangat terkejut bila miss cakap masa kelas terakhir KPS tu hari, “Awak siapkan dulu assignment awak yang lain, baru awak siapkan assignment saya”. 😮😮😮OMG, saya sangat-sangatlah terjekut, Cubalah, semua lecturer berfikiran seperti miss sdh pasti hidup student dekat U ni happy2 selalu heheheheh 😎. Dan…apabila saya lihat cara miss mengajar kami. Saya terfikir satu hari nanti kalau saya ada rezeki jadi seorang guru, saya nak mengajar pelajar-pelajar saya macam mana miss ajar kami. Sebab cara miss ajar kami membuatkan saya rasa dekat dengan miss, buat saya rasa selesa dan yang paling penting buat saya rasa bersemangat masuk kuliah. Buat pengetahuan miss, saya hanya guna 1 sahaja talian ponteng kuliah saya daripada 4 tu. Itupun sebab bukan miss yang masuk time tu, orang lain hehehhehe. Apa-apapun, THANK YOU FOR EVERYTHING 😘😘😘💓💓💓


(Kumpulan 14, dgn Miss Izazol)
💗💗💗

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Pada era globalisasi, hampir setiap guru perlu melakukan persediaan sebelum masuk ke alam pengajaran di Sekolah dan berhadapan dengan pelajar. Persediaan seorang guru juga membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau  penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. 


Ciri-ciri guru dalam menguruskan pembelajaran di bilik darjah memainkan peranan penting supaya matlamat pembinaan modal insan berkualiti dapat dicapai. 
Antara ciri-ciri tersebut ialah:-  
  • Berkebolehan dalam memahami pengajaran  
  • Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras Pengajaran
  • Kaya ilmu pengetahuan
  • Mempunyai kemahiran mengikut perkembangan semasa 

Kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan:
  • Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran 
  • Mempelbagaikan kaedah pengajaran 
  • Merancang variasi penyampaian
  • Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran - Fungsi kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspek kecerdasan, emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh pembelajaran. 

Rumusan
Guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif. Oleh itu, guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep  penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan  kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan  bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. 


BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN




Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung untuk menimba ilmu. Lahirnya cerdik pandai adalah hasil daripada sebuah sekolah. Bagi melahirkan pelajar yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar. Faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana, sekolah dan persekitaran merupakan suatu perkara yang berkait rapat. Dengan adanya persekitaran yang harmoni, maka akan terbentuknya sekolah yang aman. Suasana sekolah yang aman akan mewujudkan suatu rantaian sistem pembelajaran yang efektif.

Faktor persekitaran yang baik  
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat 
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
  • Meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp)  
  • Meningkatkan tahap kepuasan dan keselesaan dalam diri setiap warga sekolah. 


Persekitaran disini termasuklah masyarakat, ibu bapa dan pihak sekolah



Bagi isi yang pertama iaitu peranan sekolah kepada masyarakat. Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak - kanak belajar tentang perlakuan masyarakat dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.  


Peranan ibu bapa juga sangat penting kerana ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran. Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah. Justeru, menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru - guru dan murid - murid.  

Seterusnya, kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama. Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah. Justeru, kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambal belajar pelajar. 


Rumusan
Untuk merealisasikan suatu matlamat itu menjadi kenyataan, maka semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama untuk menjayakannya dan tidak mudah menyalahkan sebelah pihak sahaja dan melalui cara ini matlamat akan tercapai.



BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA



Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.



16 Januari 2019 (Sinar Harian)


Gambar diatas menunjukkan bahawa KPM akan menambah bilangan guru pendidikan khas. Hal ini kerana, Setakat ini, jumlah 15,218 guru pendidikan khas sedang berkhidmat di kira-kira 8,579 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan pendidikan khas. Hal ini wajar untuk dilaksnakan kerana kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia masih kekurangan guru pendidikan khas kata Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain. Kementerian Pendidikan akan menambah bilangan guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas. 'Zero Reject Policy' dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Inklusif atau ke Sekolah Pendidikan Khas.


Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu: 

✓ Pemulihan 
✓  Pengayaan 
✓  pelbagai kecerdasan  
✓  berkeperluan khas. 





Rumusan  
Secara kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas. 


Sabtu, 25 Mei 2019

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA



Pengurusan mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid amatlah dititikberatkan. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan. 

Budaya sekolah: 
• Budaya hormat menghormati 
• Budaya berpakaian
• Budaya belajar 
• Budaya membaca 
• Budaya penyayang dan tolong-menolong

Tujuan pendidikan kepelbagaian budaya:
  • Mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa (Oku), golongan minoriti dan orientasi seksual.
  • Supaya sedar akan keperluan keadilan sosial dalam masyarakat.
  • Menanam di dalam diri pelajar rasa tanggungjawab dan komited kepada tugas serta amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.

Konsep pendidikan pelbagai budaya:
  • Memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri – ciri kelompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat.
  • Memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas.
  • Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya. Juga terhadap bagaimana budaya mempengaruhi p&p. Semua boleh dicapai jika p&p setiap kursus mempunyai fakta – fakta sejarah dan peristiwa penting serta menekankan usaha untuk memahami keadaan semasa, termasuklah tingkahlaku setiap insan.
Rumusan
Tuntasnya, kepelbagaian budaya dalam kalangan murid amatlah dititikberatkan. Murid yang berbeza  budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas  kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudutsudut pembelajaran dan bacaan.





BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID


Di dalam bilik darjah, pelajar sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosioemosi. Oleh itu, selain mengajar, pengajar dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu masalah yang mereka hadapi. Misalnya, pengajar boleh membimbing sekumpulan pelajar melaksanakan sesuatu projek, membimbing pelajar menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing pelajar meyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya. Pengurusan penasihat murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihat murid yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan, mentoring dan proses bimbingan dan penasihatan.


Apabila belajar mengaduh kepada guru mereka menghadapi masalah, guru haruslah memberi binbingan yang bermanfaat kepada pelajar.



Gambar diatas menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling perlulah menjadi ejen perubahan kepada para pelajar untuk mereka dapat bertindak dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.  Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah memberikan bimbingan yang betul.

Antara ciri-ciri bimbingan:
  • Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.  
  • Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. 
  • Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
  • Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. 
  • Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.  
  • Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.  

Ciri-ciri penasihatan:
  • Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. 
  • Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan.  
  • Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.  


Ciri-ciri Mentoring: 
  • Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.  
  • Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan.  
  • Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas.  
  • Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada 'mentee'.  
  • Fokus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi.  
  • Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.  
  • Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee.  

Proses Bimbingan dan Penasihatan  
  1. Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.  
  2. Fasa 2: Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.  
  3. Fasa 3: Proses mengenali pelajar.  
  4. Fasa 4: Proses membimbing pelajar. 
  5. Fasa 5: Analisis penilaian.


Rumusan
Ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.  

Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar surat bagi menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar asrama).  

Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling. Melalui bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh ; masalah pembelajaran. Manakala melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran. 
 




BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. 



Gambar di atas menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah menengah kebangsaan Berangan iaitu menanam sayur untuk mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah. Guru Geografi sekolah tersebut iaitu Mohd Rosli Yaakib (kiri) sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara bertani. Program Jom Bertani dipercayai dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Hal ini kerana, para pelajar tertarik dengan aktiviti tersebut. Aktiviti sebegini akan menyebabkan para pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini juga dapat mengelakkan para pelajar supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Secara umumnya, peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.  







Rumusan
Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.