Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Gambar diatas menunjukkan sebuah keratan akhbar yang menunjukkan manfaat Pusat Sumber Sekolah untuk pembelajaran alaf baharu untuk para pelajar. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagimemperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiranmaklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang palingutama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Gambar diatas menunjukkan sebuah keratan akhbar yang menyiarkan topik yang berkaitan dengan buku teks sekolah. Sebanyak 2,34 juta buku teks terpaksa dicetak semula akibat banjir yang berlaku. Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan berkata bahawa sebanyak 141 judul buku teks sekolah rendah dan 31 bagi sekolah menengah buku yang terbabit untuk dicetak semula.
Rumusan
Kesimpulannya, sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti PdP dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. Kesemua sumber, jika digunakan dalam proses PdP yang sesuai akan bertindak sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran yang berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding murid yang hanya mendengar jika tiada sumber digunakan. Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu topik. Sumber yang ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya agar hasil yang diperoleh adalah seperti yang diharapkan. Ransangan daripada pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan