Selasa, 21 Mei 2019

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI




Maksud kepimpinan
Ø  Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jambatan sebagai pemimpin. 


Definisi Kepimpinan Pengajaran
Ø  Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar.

Ø  De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. 

Ø  Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi antara dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut.





 Tujuan kepimpinana bilik darjah 
Ø  Para pelajar mengharapkan tunjuk ajar, panduan dan teladan daripada seseorang guru. 
Ø  Para pelajar dapat mencapai sesuatu yang tidak dijangka dapat dicapai dalam setiap bilik darjah
Ø  Apabila seorang guru mengangkat tangan atau meninggikan suara, bilik darjah menjadi senyap
Ø  Apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka.




Keratan akhbar diatas menunjukkan tajuk mengenai guru di SMK Ketereh ingin pengetua sekolah tersebut ditukar. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini menaikkan sepanduk di dalam kawasan sekolah berkenaan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan agar menukarkan pengetua sekolah itu. Seorang guru wanita sekolah berkenaan berkata, suasana persekolahan di sekolah berkenaan berada dalam keadaan dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah serta pelajar-pelajar menyatakan tertekan untuk bekerja dan belajar. Guru-guru berkenaan mengangkat sepanduk agar pengetua sekolah berkenaan dipindahkan kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa tekanan kerja. Sementara itu, seorang guru lain pula berkata, mereka sudah buntu untuk bekerja dalam keadaan tertekan sebegitu malah kesan tersebut turut dirasai oleh pelajar-pelajar mereka. Hal ini berlaku apabila seseorang guru itu tidak mampu memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang guru besar di sekolah. Guru besar perlulah bertindak menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya. Bukannya bersikap pentingkan diri hingga menyusahkan orang lain. 

Ciri-ciri guru yang  bekesan, (Shippen, 2004)
Ø  Membuat pertimbangan yang wajar dan tidak pilih kasih antara pelajar
Ø  Menyampaikan visi yang jelas dalam bilik darjah 
Ø  Menjadi role-model kepada para pelajar. 
Ø  Mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. 
Ø  Membuang sifat mementingkan diri sendiri  
Ø  Berterusan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri 


Rumusan
Secara kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru pula memiliki peranan masing-masing. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menubuhkan sesebuah organisasi yang harmoni, hormat-menghormati dan saling bertolak ansur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan