Ahad, 19 Mei 2019

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN





Apa itu sosiologi? 😕
Sosiologi ialah merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

Sosiologi mempunyai tiga teori utama seperti berikut:
Jenis-jenis teori:
1. Teori fungsionalisme - Memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan  perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. 

2.    Teori konflik - Teori ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan  berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.

3.  Teori interaksi simbolik - Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-931). Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.

3. RUMUSAN
Natijahnya, sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai sosial, institusi dan masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat tentang aras yang lebih penting tetapi fokus utama sosiologi ialah manusia dalam masyarakat dan tindakan serta masalah yang dihadapinya. Sosiologi adalah untuk menilai manusia secara teliti dan kritikal. Penilaian secara teliti dan kritikal penting supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskan setiap tindakan manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan