Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Gambar di atas menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah menengah kebangsaan Berangan iaitu menanam sayur untuk mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah. Guru Geografi sekolah tersebut iaitu Mohd Rosli Yaakib (kiri) sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara bertani. Program Jom Bertani dipercayai dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Hal ini kerana, para pelajar tertarik dengan aktiviti tersebut. Aktiviti sebegini akan menyebabkan para pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini juga dapat mengelakkan para pelajar supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Secara umumnya, peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
Rumusan
Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan