Sekolah
merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung untuk
menimba ilmu. Lahirnya cerdik pandai adalah hasil daripada sebuah sekolah. Bagi
melahirkan pelajar yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah. Persekitaran
sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar. Faktor persekitaran memainkan
peranan yang sangat penting. Hal ini kerana, sekolah dan persekitaran merupakan
suatu perkara yang berkait rapat. Dengan adanya persekitaran yang harmoni, maka
akan terbentuknya sekolah yang aman. Suasana sekolah yang aman akan mewujudkan
suatu rantaian sistem pembelajaran yang efektif.
Faktor persekitaran yang baik
- Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
- Meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp)
- Meningkatkan tahap kepuasan dan keselesaan dalam diri setiap warga sekolah.
Persekitaran disini termasuklah masyarakat, ibu bapa dan pihak sekolah
Bagi isi yang pertama iaitu peranan sekolah kepada masyarakat. Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak - kanak belajar tentang perlakuan masyarakat dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.
Peranan ibu bapa juga sangat penting kerana ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran. Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah. Justeru, menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru - guru dan murid - murid.
Seterusnya, kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama. Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah. Justeru, kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambal belajar pelajar.
Rumusan
Untuk merealisasikan suatu matlamat itu menjadi kenyataan, maka semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama untuk menjayakannya dan tidak mudah menyalahkan sebelah pihak sahaja dan melalui cara ini matlamat akan tercapai.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan