pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi secara cekap dan berkesan. Murid adalah orang yang mempunyai potensi asas yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental sama ada pendidikan itu dalam lingkungan masyarakat di mana kanak-kanak itu berada. Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan ouput (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar Muhammad, 1998). Dalam pengurusan murid, konsep pengurusan dapat ditakrifkan melalui beberapa aspek seperti perancangan, pentadbiran (memoin), pengawalan atau pemulihan
Elemen-elemen
pengurusan murid:
1. Mengurus Rekod Murid
Terdapat lima aplikasi utama yang sangat penting dalam membantu guru untuk
mengurus data dan maklumat dengan lebih cekap dan bersistematik:
Educational Management Information System Online (EMIS) - inisiatif untuk
menjadikan sesuatu sistem yang berstruktur, berjadual dalam pengurusan,
memungut, memproses, menyimpan, mengeluarkan dan menyaring data dan maklumat
yang diperlukan untuk menyokong aktiviti utama dan kitaran kerja bagi semua
pengurus dan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan sekolah. Data yang
diperolehi daripada sistem ini akan digunakan untuk pentadbiran, perancangan,
pemantauan dan kawalan ke atas program, projek, penyelidikan, analisis polisi
dan membuat keputusan.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) –
Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Dalam talian (APDM) telah mula digunakan
bermula tahun 2012 menggantikan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang digunapakai
sebelum ini untuk mengumpul maklumat dan profil murid di seluruh
sekolah-sekolah KPM. Masalah maklumat pelajar yang tidak terkini, tidak
lengkap, pertindihan maklumat dan sebagainya dapat diatasi dengan pelaksanaan
APDM yang berasaskan sebuah sistem maklumat online berbanding menggunakan MS
Access dalam SMM sebelum ini. Aplikasi APDM ini juga akan menjadi pangkalan
data utama yang menghubungkan semua sistem lain yang diperkenalkan baru-baru
ini seperti SAPS, SPPBS, dan lain-lain.
Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) – Sistem Salahlaku Disiplin Murid
(SSDM) adalah kaedah atau cara yang digunakan untuk mengawal dan mengekalkan
disiplin pelajar di sekolah. Sistem ini berkonsepkan Merit dan Demerit iaitu
denda dan ganjaran. Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web ini
bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia
dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat
yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu
pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal
masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) - SAPS atau Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul,
penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh
Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di dalam talian (online) yang boleh
dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat
data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM,
JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan
yang ada untuk diperbaiki.
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) – Sistem SPPBS ini
dibangunkan secara dalam talian dan digunakan dikalangan guru Malaysia bagi
memudahkan proses kemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkan
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di bawah Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani),
psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2. Kesediaan Murid Belajar
Pembelajaran
di dalam bilik darjah hanya akan berlaku sekiranya wujud kesediaan. Kesediaan
ini merangkumi tiga bahagian iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan
kesediaan psikomotor.
Kesediaan kognitif - Kesediaan kognitif
merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan
memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman
yang sedia ada seseorang. Keupayaan ini akan bertambah mengikut tahap
perkembangan umur seseorang.
Kesediaan afektif -
Kesediaan afektif merupakan sikap dan minat pelajar terhap sesuatu
pelajaran. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang positif, secara
tidak langsung mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran.
Secara tidak langsung, pelajar memperoleh kepuasan dan keseronokan dalam
pembelajaran. Malahan ini menjadi dorongan kepada mereka untuk lebih berjaya.
Kesediaan psikomotor - Kesediaan psikomotor adalah kesediaan fizikal dan
psikomotor kasar dan halus pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan
fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Penguasaan kesediaan psikomotor
bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.
3. Memotivasikan Murid
Motivasi
ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah
memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi instrinsik dan motivasi
ekstrinsik.
Ø Motivasi Instrinsik - Motivasi intrinsik ialah
dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan
sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi
instrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia
ada dalam pembelajaran.
Ø Motivasi Ekstrinsik - Motivasi ini direka cipta oleh
faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada
persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur luaran
yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran yang nyata seperti pujian,
hadiah, markah, gred, wang, pengiktirafan berbentuk sijildan penghargaan
diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan
sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan.
Rumusan
Semua
sekolah mestilah mempunyai sistem yang sistematik dalam menguruskan murid di
sekolah supaya teratur dan mudah diuruskan. Dalam menguruskan murid bukan
sahaja mengenai maklumat mengenai murid, malahan cara guru untuk digunakan
dalam pengajaran yang bersesuaian kepada murid-muridnya untuk menimbulkan rasa
minat terhadap mata pelajaran yang diajar. Seterusnya, memotivasikan pelajar
juga penting untuk memberi semangat kepada murid untuk sentiasa minat untuk
belajar dan dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik setiap murid.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan