Apa itu interaksi?
Interaksi membawa makna tindakan atau perhubungan aktif
antara satu sama lain, tindak balas di antara dua atau beberapa pihak. Menurut
Broom dan Selznic, interaksi merupakan suatu proses yang dilakukan seseorang
dalam mengambil tindakan dengan dilandasi kesadaran diri untuk memberikan
respon terhadap apa yang dilakukan orang lain.
Oleh itu, Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dengan murid dimana guru dan murid ini akan saling berinteraksi antara satu sama lain supaya hubungan mereka dapat dieratkan serta saling melengkapi. Interaksi dalam sesebuah pembelajaran adalah suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan.

Ø Interaksi sehala - Merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif
yang mana pelajar dipaksa utk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang
diberikan guru sama ada secara arahan atau penerangan.
Ø Interaksi dua
hala – berlaku samada guru
bertanya kepada pelajar dan mereka menjawab atau sebaliknya, akan tetapi tiada
interaksi di antara rakan sekelas.
Ø Interaksi
kumpulan – iaitu guru hanya
sebagai pemudah cara. Interaksi sebegini
bertujuan untuk menggalakan pelajar supaya lebih aktif iaitu dengan
memberikan kerja kumpulan kepada mereka. Dengan cara ini, mereka dapat bertukar
pandangan dan mampu memupuk nilai kerjasama, hormatmenghormati, toleransi dan
perpaduan terutamanya apabila terdapat pelbagai bangsa di dalam kelas tersebut.dan
interaksi di antara ahli kumpulan.
Rumusan
Interaksi memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Segala jenis maklumat yang sampai
kepada pelajar adalah melalui interaksi. Oleh itu para guru perlu cakna dan
pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam menguruskan bilik darjah
serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan supaya para pelajar rasa
selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan