Isnin, 20 Mei 2019

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR



Apa itu Pengurusan dan Pembelajaran? 😕



Ø  Pengurusan ialah :  

  • *     Perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.(Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail,2005)
  • *     Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal.
  • Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. (Syukur, 1988).





Ø  Pembelajaran ialah:

  • *     Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar  diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
  • *     Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang.
  • *      Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia.




Terdapat beberapa konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar. Antaranya ialah mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Konsep mengawal merujuk kepada pengawalan dalam bilik darjah, pengawalan aktiviti berkumpulan, pengawalan murid yang mempunyai masalah peribadi, dan pengawalan suasana bilik darjah. Konsep merancang adalah proses merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan, perancangan dalam meringkaskan isi pelajaran agar lebih jelas dan mudah dicerna pelajar, dan merancang aktiviti penilaian. Selanjutnya, konsep pengalaman ialah berkisar tentang menghubungkaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Konsep yang keempat, iaitu mengarah adalah seperti mengarah murid untuk duduk diam dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid untuk menjawab soalan yang diutarakan, mengarah murid menguruskan tugasan harian bilik darjah , dan mengarah murid untuk mematuhi peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan.
            Dalam memastikan pengurusan dan pembelajaran pelajar berkesan, terdapat beberapa aspek yang perlu dititkberatkan. Antaranya ialah keperluan fisiologi, pengurusan masa, iklim bilik darjah, membuat perancangan sebelum mengajar, kurikulum yang baik dan seimbang, dan penggunaan bahan bantu mengajar. Keperluan fisiologi merujuk kepada keperluan untuk mengetahui tahap fisiologi pelajar seperti tahap pembelajaran, tingkah laku dan emosi. Dari segi pengurusan masa, pelajar hendaklah dibolehkan untuk menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama, jadual masa haendaklah mengambil kira kemampuan pelajar dan pembaziran masa sebolehnya dielakkan. Iklim dalam bilik darjah perlulah mempunyai pencahayaan yang cukup, perabot yang mencukupi dan aliran udara yang baik dan lancar. Perancangan sebelum mengajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pembelajaran pelajar kerana rancangan pembelajaran yang mempunyai objektif yang jelas melancarkan proses PdP yang mana ianya dapat memantapkan lagi teknik pengajaran dalam bilik darjah. Kurikulum perlulah baik dan seimbang yang mana ianya perlu melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan spiritual. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahan mengajar. Bahan yang digunakan untuk mengajar perlulah sesuai dengan topik, banyak kaedah digunakan agar pelajar tertarik dan dapat meransang daya kreativiti mereka.
            

Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya, pembelajaran ialah proses mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan dilakukan dari segi latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan