Di dalam bilik darjah, pelajar sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosioemosi. Oleh itu, selain mengajar, pengajar dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu masalah yang mereka hadapi. Misalnya, pengajar boleh membimbing sekumpulan pelajar melaksanakan sesuatu projek, membimbing pelajar menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing pelajar meyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya. Pengurusan penasihat murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihat murid yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan, mentoring dan proses bimbingan dan penasihatan.
Apabila belajar mengaduh kepada guru mereka menghadapi masalah, guru haruslah memberi binbingan yang bermanfaat kepada pelajar.
Gambar diatas menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling perlulah menjadi ejen perubahan kepada para pelajar untuk mereka dapat bertindak dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah memberikan bimbingan yang betul.
Antara ciri-ciri bimbingan:
- Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
- Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
- Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
- Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
- Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.
- Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Ciri-ciri penasihatan:
- Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
- Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan.
- Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Ciri-ciri Mentoring:
- Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
- Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan.
- Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas.
- Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada 'mentee'.
- Fokus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi.
- Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
- Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee.
Proses Bimbingan dan Penasihatan
- Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
- Fasa 2: Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.
- Fasa 3: Proses mengenali pelajar.
- Fasa 4: Proses membimbing pelajar.
- Fasa 5: Analisis penilaian.
Rumusan
Ciri-ciri penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan (dibuat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar surat bagi menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar asrama).
Kaedah mentadbir satu organisasi ialah secara bimbingan kaunseling. Melalui bimbingan, masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh ; masalah pembelajaran. Manakala melalui kaunseling, masalah seperti rakan sebaya, jati diri dan ibu bapa pula akan diselesaikan. Pengurusan di sekolah ini menyelesaikan masalah melalui empat tahap iaitu nasihat, teguran dan amaran.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan